Tabung Harapan Malaysia

Tabung Harapan Malaysia merupakan satu tabung yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Mahathir Mohamad pada 30 Mei 2018.[1][2] Tujuan tabung ini merupakan satu wadah untuk rakyat membantu negara dan menerima derma rakyat bagi mengukuhkan kewangan kerajaan. Penubuhan tabung tersebut dilakukan setelah melihat kesediaan rakyat untuk menderma kepada kerajaan bagi mengurangkan hutang negara yang didakwa berjumlah lebih RM1 trilion. Setakat pada 17 Julai 2018 jam 3 petang, Tabung ini telah mendapat jumlah wang sebanyak RM155,398,059.79[3][4]THM sepatutnya ditutup pada 31 Disember 2018 tetapi akhirnya dilanjutkan sehingga 14 Januari 2019 selepas Kabinet Malaysia bersetuju memanjangkan kempen untuk sumbangan selama dua minggu lagi.[5]Lim telah mengumumkan kutipan keseluruhan THM yang berjumlah RM205,491,219, termasuk faedah yang diperoleh daripada akaun amanah di mana sumbangan itu telah didepositkan, telah digunakan sepenuhnya untuk membayar hutang 1MDB pada 30 November 2019.[6][7]

Rujukan

WikiPedia: Tabung Harapan Malaysia http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/748... http://www.treasury.gov.my/index.php/en/gallery-ac... http://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktivi... https://www.facebook.com/TabungHarapanMY https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.worldofbuzz.com/heres-how-you-can-dona... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07... https://www.nst.com.my/news/nation/2019/02/458025/... https://www.nst.com.my/news/nation/2019/11/543362/...